AFIYAH
Kelazatan yang membawa keberkatan
Gabungan 2 bahan yang disebut berulang kali di dalam Al-Quran dan hadis yang membawa kebaikan kepada manusia iaitu madu + habbatus sauda yang dirumus secara saintifik dari bahan semulajadi (tanpa gula tambahan) yang lazat dan mudah diambil.
_webp.png)


Afiyah Pure Products
Keistimewaan Afiyah
Bahan yang terpilih
Hanya menggunakan bahan-bahan premium bagi mengekalkan mutu produk
100% Bahan Semulajadi
Mengandungi 100% bahan semulajadi (tanpa gula tambahan) agar produk kekal berkualiti
Kaya dengan vitamin
Dihasilkan menggunakan teknologi terkini yang mampu mengekalkan khasiat dan rasa sebenar
Kebaikan Madu
Tahukan anda bahawan madu tidak mempunyai tarikh luput?
Nabi Muhammad S.A.W. telah menyebut tentang kebaikan madu dan mengamalkannya sejak 1400 tahun yang lalu.
Kebaikan madu telah dibuktikan oleh kajian dari para saintis, antara kebaikannya adalah:

Sumber vitamin & mineral
Mengandungi vitamin C yang baik untuk badan, kalsium untuk menguatkan tulang, dan zat besi yang membantu sistem peredaran darah.

Pengganti gula
Madu yang asli tidak diproses dan mengandungi gula yang sebenar. Madu juga boleh membantu mengawal kadar gula di dalam badan dengan dextrin iaitu campuran gula biasa dengan madu.

Sebagai prebiotik
Prebiotik bermaksud madu bertindak sebagai makanan kepada bakteria untuk memperbanyakkan jumlah bakteria yang sihat di dalam badan.

Menguatkan sistem imun
Dianggap sebagai ubatan semula jadi yang membantu mengubati sakit tekak. Fungsi antioksidan dan anti-bakteria membantu melawan jangkitan disebabkan virus, bakteria dan kulat.

Menyembuhkan luka, luka terbakar dan masalah kulit
Madu bersifat anti-bakteria dan antiseptik yang dapat mempercepatkan proses penyembuhan luka dan luka terbakar dengan memberikan kelembapan dan meningkatkan aliran nutrien pada bahagian yang berkenaan.

Mengubat Penyakit Sukar Tidur Malam
Madu dapat merangsang serotonin di dalam tubuh untuk meningkatkan suasana hati dan kedamaian. Setelah meminum madu sebelum tidur, serotonin sel ini akan menukar kepada hormon melatonin yang boleh meningkatkan kualiti tidur.

Kebaikan Habbatus sauda
Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
"Gunakanlah habbatus sauda ini. Kerana sesungguhnya ia mengandungi penawar bagi setiap penyakit kecuali As-Sam" Dan As-Sam adalah kematian.
[Jami` at-Tirmidhi: 2041]
Hari ini, saintis telah menemukan pelbagai kebaikan habbatus sauda, antaranya:

Kaya dengan bahan-bahan antioksida
Menjadikan habbatus sauda sebagai bahan antioksida yang baik untuk melawan radikal bebas dan dapat melindungi sel dan tubuh badan daripada kerosakan dan penyakit seperti kanser.

Menurunkan paras kolesterol
Membantu mengawal dan menurunkan paras lipoprotein berketumpatan rendah (LDL). Komponen serat di dalam habbatus sauda menjadi salah satu faktor ia memberi kesan efektif terhadap pengawalan paras kolesterol.

Membantu mengawal tekanan darah
Mengandungi mineral yang berfungsi dalam pengawalan tekanan darah seperti kalium dan sodium.
Jika dilihat pada kandungan nutrisi, kalium lebih tinggi berbanding sodium, ini menjadikan habbatus sauda adalah sumber makanan anti-hipertensi yang baik.

Bertindak sebagai anti-kanser
Habbatus sauda yang kaya dengan bahan antioksida seperti vitamin dan kompaun bioaktif berpotensi untuk memelihara kesihatan sel dan bertindak untuk menghalang pembentukan sel tidak normal seperti kanser.

Penggalak susu (Milk booster) semulajadi
Kandungan kalsium, zink, besi, magnesium, kuprum, vitamin B, lemak tak tepu, dan protein dalam habbatus sauda semuanya bemanfaat, terutamanya dalam membantu wanita untuk menyusukan bayi mereka.

Elak sembelit dan masalah penghadaman
Habbatus sauda dapat membantu mengubati sembelit kerana serat yang tinggi dan asid lemak tak tepu yang terkandung di dalamnya. Minyak yang terdapat dalam habbatus sauda dapat melicinkan usus, sementara seratnya pula membantu melancarkan pergerakkan usus.