Acerca de


Memenangi 2 anugerah di bawah program Bio-Based Accelerator (BBA)
As-Sunnah telah disenaraikan secara rasmi sebagai salah satu syarikat di bawah program Bio-Based Accelerator (BBA) yang dianjurkan oleh Bioeconomy Development Corporation Sdn. Bhd. dan telah dirasmikan oleh Y.B. Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee, Menteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) pada 16 Jun 2022 bertempat di Hotel Marriott Putrajaya.
Melalui program ini, As-Sunnah telah memenangi 2 anugerah iaitu Tech-Savvy Award 2022 dan Bionexus Status Readiness Award 2022 yang telah disampaikan oleh Y.B. Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee, Menteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI). Dengan memenangi anugerah tersebut, ia dapat membantu As-Sunnah untuk terus berkembang maju dan melonjak lebih jauh dengan menyediakan produk dan perkhidmatan yang berkualiti kepada pengguna dari masa ke semasa.
Program BBA yang baru dilancarkan oleh Malaysian Bioeconomy Development Corporation (Bioeconomy Corporation) ini menawarkan aktiviti bimbingan dan sokongan kepada syarikat pemula dan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) berasaskan bio. Ia bertujuan untuk merapatkan jurang daripada aspek penerapan dan penggunaan teknologi, kemahiran, kewangan, kawal selia, dan kebolehpasaran produk, lalu membolehkan mereka menaik taraf dalam kepakaran dan menjadi syarikat yang matang dan mengguna pakai teknologi.