Acerca de
Memenangi pingat inovasi di ITEX 2022
As-Sunnah buat julung kalinya telah menyertai pertandingan inovasi ternama dunia yang dikenali sebagai Pameran Reka Cipta, Inovasi dan Teknologi Antarabangsa (ITEX) ke-33, yang telah diadakan pada 26 & 27 Mei 2022 dengan tema “Beyond Invention”. ITEX merupakan pameran antarabangsa terkemuka dan terkenal yang diadakan bertujuan untuk mempamerkan ciptaan, teknologi dan produk baharu, yang disasarkan untuk mendapatkan prospek dan rakan kongsi pelaburan, pembuatan dan pengkomersialan.
Penyertaan As-Sunnah di ITEX melibatkan 2 produk inovasi dalam kategori yang berlainan dan telah merangkul pingat bagi setiap kategori iaitu kategori Kesihatan & Perubatan untuk produk Afiyah (gummy madu premium + habbatus sauda pertama di dunia), dan kategori Rekacipta Industri untuk kotak pembungkusan, sistem pemantauan & Aplikasi Istiqamah, dengan konsep ProMoRe (Protect, Monitor, Remind).
Sejak 1989, ITEX telah menjadi pusat untuk mengumpulkan idea dan ciptaan terbaik dari seluruh dunia. Pameran itu telah menjadi salah satu platform antarabangsa yang paling ketara di rantau ini untuk merapatkan komuniti pencipta dan inovator dengan pelabur, pemodal teroka dan pemegang kepentingan utama yang lain.
Melalui pingat yang dimenangi ini, As-Sunnah akan terus memainkan peranan penting dalam memastikan untuk menjaga kualiti produk dan servis yang akan ditawarkan kepada pelanggan dari masa ke semasa demi memenuhi kehendak pelanggan dan ekonomi. Sila rujuk maklumat lanjut dibawah berkenaan kategori produk inovasi yang telah dimenangi oleh As-Sunnah.
Anugerah yang dimenangi
1. Afiyah by As-sunnah - World's First Premium Honey & Habbatus Sauda Gummy
2. Afiyah Packaging, Monitoring System & Mobile Application
